20 March 2014

ExPO DoRaeMOn

Assalamualaikum,

          Tahu tak Expo Doraemon? Haa....expo 100 hari 100 gadget Doraemon. Aku memang tak berapa minat sangat....tapi wifey aku beriya-iya....excited gilerr!! So, oleh kerana melihatkan dia “mengidam” sangat nak tengok Doraemon....walaupun jauh di Viva Mall, tapi tetapku redahi jua.... (hihi....isteri sorang la katakan).

          Sampai je di sana, dengan perut wifeyku yang boyot, kami berjalan berpimpin tangan mencari Expo Doraemon (romantic kan? haha). Nampak dekat Viva Mall tu, bunting bergantungan. Bulat biji mata isteri aku bila nampak patung doraemon yang display kat tengah Viva Mall tu....makin jelas senyumannya....(teruja benor bini den ni haa).

          Ada sesetengah orang kata membazir pergi. Buang duit....buang masa....tapi tak apalah. Aku ada ingat orang pernah cakap dengan aku, bila kita pergi bercuti, bayar hotel ataupun setakat beli tiket tengok wayang (sebenarnya kalau ikutkan itu semua boleh je buat kat rumah....tengok tv ke tengok cerita kat laptop ke). But actually, we are not spending for the entertainment, we are spending for the quality time with our loved ones. Jadi, bagi aku, tak salah untuk aku bawa family just jalan-jalan....kan? Lagipun, nanti isteri bersalin, 3 bulan (or more) tak boleh ronda-ronda....tak dapat berjimba macam dolu-dolu....continue story....

          Setiba kami di sana, masuk je kat pintu utama, amik gambar....masuk dalam sikit amik gambar....memang bergambar ajelah dari awal hingga akhir....wife pun excited....terserlah kedua-dua lesung pipitnya itu....cute gak la (maybe....jangan marah ye sayang...hehe....). Akhirnya dia puas hati. Nak balik tu....dia nak beli souvenir. Aku tak bagi....dah terus muncung macam itik....aku bagi jugak la. Dapatla....phone keychain, dia satu, aku satu (aku pun nak gak..orang belanja..). So, balik memang wife seronok la....dia dapat kad touch n go doraemon dengan keychain.



          Maaflah sayang....buat masa ini....suamimu ini masih tak mampu nak beli patung Doraemon  yang hanya setinggi lutut, apatah lagi nak beli patung Doraemon setinggi pintu rumah. InsyaAllah....ada rezeki, abang belikan Doraemon yang BESAR yang mana sayang boleh tidur dalam saku magisnya....love you....maafkan atas kekhilafan diri abang.... <3 <3 <3

17 March 2014

PrOsEs LeLaKi mEnJaDi aYaH



Salam....

Proses untuk lelaki menjadi ayah bermula bila wifey mengandung. Post ni bukan nak cerita pasal persenyawaan sel gamet dalam tubuh dua jantina berbeza....cuma nak cerita pasal pengalaman lelaki ini menjadi seorang ayah....specifically....waktu wife aku mengandung....

FYI....masa isteri aku disahkan mengandung buat kali keduanya....seriously, I was excited and worried at the same time. Worried sebab takut wifey tak fully heal....but....rezeki Allah, “Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....” Jadi, aku banyakkan berdoa agar wifey dan baby will always be in His care....

Saat gembira bermula untuk lelaki ini dan wifey. Orang cakap, nanti wife mengidam benda pelik-pelik....telur angsa rebus, ayam serama celup tepung, udang galah yang laki tangkap sendiri, ngidam bau getah kasut dan macam-macam lagi. Tapi Alhamdulillah, wifey tak macam tu....just kadang-kadang ngidam nasi ayam....satay willy....tak ada benda pelik-pelik. Cuma yang seksanya, wife tetiba bangun tengah malam....suruh lelaki ini mandi sebab tak tahan bau. Kalau pukul 2-3 pagi....bersiramlah beta dengan air sejuk yang menyegarkan itu....lepas tu....dalam keadaan sejuk itu....wife nak buka aircond sebab dia panas. Terpaksalah diri ini menjadi tenggiling di bawah selimut, menahan sejuk.

Kadang-kadang, baru tengah nak rehat, wife kejut sebab nak pergi jalan-jalan....dengan mata mengantuk, kuheret kaki ini....kukumpulkan kudratku untuk memegang stereng kereta....kurendam wajahku dalam air berulang kali untuk capai tahap ke’segar’an tertinggi....

Bukan wifey je yang suka berjalan....baby dalam perut tu pun....(ish....ish....ikut mommy dia la tu). Pernah one day, seharian baby tak gerak, walaupun masa tu baru 5-6 bulan, tapi baby kitorang ni memang active, boleh kata every 2 hours, gerak sekali. Tapi dah lebih 12 jam....but no movement. Oleh kerana risau, bawalah wife and baby pergi klinik. Dalam perjalanan, try cakap dengan baby suruh gerak....tapi no response. Dadaku dah berombak kencang....risau gilerr. Sampai depan klinik....tiba-tiba baby gerak. Aku dapat rasa sebab sepanjang perjalanan, tangan kiriku memang static atas perut wifey sambil bercakap dengan baby....lepas tu gerak lagi....memang sah la....baby ni memang nak jalan-jalan....sebab 2 hari mommy and daddy dia cuti, tak pergi mana-mana....malam tu keluar semata-mata untuk ke klinik.

Itulah orang kata, “like mother, like daughter”. So lepas tu, memang aku and wife selalu keluar jalan-jalan, at least keluar beli barang dapur sebab kalau tak, baby memang tak nak gerak. Hebatkan ciptaan Allah? Baby yang dalam perut, tak pernah nampak kereta, boleh tahu dia naik kereta ke tak....jalan-jalan ke tak....semoga baby nanti senantiasa berjalan di jalan yang diredhai Allah....Amin....

Walaupun banyak lagi nak cerita, bukan niat aku nak mengadu nasib dekat sini....cuma nak share experience je....terutamanya untuk lelaki yang akan berkahwin dan sudah berkahwin. Memang bunyi macam derita....macam penat....tapi entah kenapa....walaupun keringat diri ini kerap membasahi bumi, walaupun diri ini kerap menghela nafas panjang setiap kali dikerah tenaganya....tapi hati ini puas....puas bila tengok orang yang kita sayang bahagia atas pengorbanan kita. Ibarat kita menanam padi, memang penat, tapi bila menuai hasilnya....kepuasan tidak terungkap. Tambahan pula....bagi aku....pengorbanan lelaki kerdil ini terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan isteri yang membawa amanah Allah selama 9 bulan lebih itu. MasyaAllah....tak terkira pengorbanannnya.

Di kesempatan ini, kupohon ampun kepada ibuku....ibu yang banyak berkorban untuk aku. Bila aku sakit dulu, dia sanggup cuti untuk jaga aku. Tapi sekarang, bila ibu sakit, aku sendiri tak tahu....balik kerja je tengok ibu ayah pakai cool fever, baru tahu ibu ayah demam. Ibunda....ayahanda....maafkan kekhilafan anakanda....

“Ya Allah, ampunilah dosa ibuku dan ayahku. Berikan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan kepada mereka dan panjangkanlah umur mereka. Ya Allah, begitu juga untuk ibu kepada anakku....Amin.”

“Ya Allah, diriku ini banyak khilafnya....bantulah hambaMu ini untuk menajdi seorang anak yang soleh, seorang suami yang mithali dan seorang ayah yang beriman. Ya Allah Ya Rabbal Alamin.”

(nantikan pengalaman aku bersama wife di labour room...)

16 March 2014

RuSuK kiRi LeLAki iNi


Assalamualaikum....

        Harapnya semua dalam keadaan yang sentiasa dirahmati Allah. Peristiwa sebelum ini ibarat memberi satu tamparan yang besar dalam hidup kami suami isteri. Aku sudah tentunya hanya mampu tersenyum, menyembunyikan gusar di sebalik senyuman penyedap hati.

       Kelihatan mata isteriku bengkak bengkil kerana terlalu banyak mengalirkan air mata. Sebelum tidur semalam, bola matanya masih jelas kelihatan walaupun merah bak saga, tapi kelopaknya masih terbuka. Tetapi pagi ini, sepertinya isteriku telah bertukar bangsa....korean-like gitu....(maaf sayang =p)

       Oleh kerana isteriku terpaksa dihantar pulang ke Kluang, aku pula ditinggalkan disini....Bangi....baru terasa betapa pentingnya rusuk kiriku itu. Ibarat pepatah, “mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pun tak lena”. Perasaan rindu kerap bertandang....rindu untuk menatap wajah isteriku....rindu nak bisikkan ke telinganya kata-kata indah nan syahdu....rindu untuk bersama setiap waktu....(sayang mesti tengah berbunga hati tu kan?)

       Jadi aku cakap kat isteri, aku nak ambil cuti, nak teman dia nanti dan untuk terus ambil dia bawak balik....janjiku nak balik hari Jumaat. Masa aku bagitahu dia nak ambil cuti untuk balik awal....kedengaran suara kegembiraan di hujung talian....

       Mengikut perancangan, aku pun apply cuti dengan bos. Bos cakap....”Tak boleh!!! Saya nak awak balik Khamis, teman isteri!” Baik tak bos aku? Haaa....tapi disebabkan aku sedikit “jahat”....aku minta kawan baik aku, Afiq untuk teman aku beli “surprise” untuk my lovely wife. Setelah segala persiapan dibuat, aku pun call isteri aku. “Sayang....bos tak bagi cuti....ada keje....” Terdengar esakan dari isteriku....tiba-tiba dia meradang. “Bos dia tu tak memahami langsung....sudahlah....bye!” Tertelan air liur aku dibuatnya....bila call balik, tak jawab....adoyaiii....maaflah sayang....abang tipu.

     Esok paginya, selepas sarapan....aku pun meluncur deras ke Kluang....tanpa memberitahu isteri tercinta....”surprise” katakan. Dalam perjalanan tu, tengah fikir apa nak cakap. Ingat nak buat cara Hindustan ala ala Bollywood gitu....jumpa terus lompat and peluk....romantic gitu. Tapi patah tulang belakang bini kang....nak pakai lama....masa akad nikah dulu pun tak ada pula warranty....setahun ke 2 tahun ke....(sorry sayang)

      Jadi....dah dekat dengan rumah parent in law, saat mata aku boleh nampak bumbung rumah, aku telefon....(nak curah minyak dalam api). “Sayang, abang tak dapat balik minggu ni....ada event....sorry”. Teresak-esak isteri aku....(syian dia). Pastu, kereta Myvi aku pun men”drift” laju masuk ke tempat parking rumah. “Sayang....tolong bukak pintu depan....abang dah sampai....”. Fuyoo....bini aku menangis sampai ke pintu depan....lepas tu....masa dia nak salam aku....aku pun....”Surprise!!!” Bunga ros sejambak untuk dia. (amik kau, nangislah puas-puas....haha). Dah dapat bunga, terus lupa nak salam, cium tangan laki. Tapi dapat pelukan free....hehe....(romantic gitu...)


Aku saja buat surprise sebab nak isteri aku tahu....sedihnya dia bila aku tak ada....sama macam sedihnya aku bila dia tak ada....dia perlukan aku, sama macam aku perlukan dia. Memang selalu aku cakap aku nak tambah 4....tapi macam mana hati ni nak dibelah 4 sedangkan hati ini hanya untuk isteriku seorang. Aku percaya cinta sejati adalah cinta yang Allah kurniakan kepada kita jiwa dan rasa....cinta yang halal untuk kita nikmati....itulah cinta sejati....itulah cintaku....isteriku si rusuk kiri.... =p


08 March 2014

BiLa Allah UJi LeLaKI iNi




Assalamualaikum....

        Sambung ceritera sebelum ini. Alhamdulillah....anugerah Allah untuk aku dan isteri. Janin dah berumur 4 minggu tapi rutin kami tak berubah....jarang jumpa....kerap bertekak. Kadang-kadang lagi susah nak jumpa bila aku kerap outstation....event sana....promo sini....event situ....kerja sinun (buat den rindu bini den).

Bila mengandung masa tu, isteri aku mengadu sakit....macam kene senggugut. Lepas tu ada minor bleeding. Aku pun naik risau jugak. Bawa pergi klinik, doc kata normal. Katanya baby tengah korek dinding uterus untuk menempel....this is to provide a safe and secure platform for the fetus (amboi scientific gitu). So, aku ni jenis optimistic. Aku pun angguk and remind isteri untuk makan ubat selalu. Aku pun beli ANMUM – mango flavor gitu.

Everyday pesan suruh minum....makan ubat....kalau outstation pun SMS wife suruh keep on the routine. But still, keep on bleeding. Aku bagi moral support jela....minta isteri bersabar. Until one day....waktu tu aku outstation di Senawang....ada event. Pagi tu pergi lewat sikit, sebab pastikan wife breakfast dulu. Semasa aku kat Senawang, aku kene tolong uruskan event company. Isteri aku tepon tengahari....banyak kali....tapi aku tak perasan. Masa tu tengah running around, kejap photographer, kejap angkat barang....jadi tak dengar deringan. Bertambah dengan sound system DJ lagi....(maaf wifey)....aku perasan time rehat petang. Baru letak camera, ambil phone tengok ada miscall. Bila call balik, wife tengah sakit katanya. Langsung terus aku cepatin pulang ke rumah.

Saat lihat isteriku, terbaring kepenatan, aku minta dia bersiap untuk ke hospital. Aku pergi 2 hospital swasta untuk check tapi ditolak atas alasan doktor tak ada yang gynecologist. Aku minta check juga sebab isteri tengah sakit and bleeding tapi ditolak. So....aku try bawa pergi klinik biasa. Masa buat ultrasound, aku perasan janin tu tak ada “blink” degupan jantung. Masa tu aku cuba kawal perasaan....being optimistic. Isteri aku mukanya pucat, perit menahan sakit. Aku lihat dia terbaring di atas katil putih sambil matanya merenung skrin mesin ultrasound di sebelah kanannnya, risau. Itu yang tertulis di wajahnya saat itu. Aku, suaminya cuba menenangkan dengan mengusap kedua belah kakinya. Akhirnya doktor bersuara, “awak balik rumah, makan ubat ni....lepas seminggu datang balik kalau sakit”. Aku memimpin isteri masuk ke dalam kereta.

Selepas makan malam, tiba-tiba isteriku berpeluh dan kembali mengerang kesakitan. Saat itu, hatiku bagai diruntun, pilu melihat keadaan isteriku. Andai mampu aku terima perihnya itu, saat itu aku sanggup dari melihat dia terus menangis kesakitan. Isteriku masuk ke bilik air dengan tergesa-gesa. Beberapa minit kemudian, daun pintu bilik air dibuka, kelihatan kain isteriku basah berlumuran cecair berwarna merah. Aku terus menyuruhnya bersiap dan bergegas ke hospital.

Aku tiba di Hospital Serdang lebih kurang tengah malam. Oleh kerana isteriku agak kritikal, isteriku terus dimasukkan ke bahagian kecemasan sementara aku menanti diluar. Kumat kamit diri ini membaca segala ayat, surah dan doa yang terlintas di kepala. Pukul 3 pagi, isteriku keluar, kelihatan manik mutiara di tubir matanya. Sebagai lelaki, tanggungjawab aku lebih berat. Aku harus tunjukkan yang aku kuat....untuk isteriku dan untuk diriku sendiri. Aku dakap isteriku perlahan, terasa kehangatan setiap titisan air mata gugur di bahu kananku. Aku pimpin isteriku ke kereta.

Dalam perjalanan pulang, sesekali aku mengerling ke wajahnya, isteriku hanya membisu, hanya titisan air mata yang menjadi bicara. Aku tarik isteriku perlahan ke dalam dakapanku. Air mataku hampir tumpah tetapi aku tarik nafasku dalam-dalam dan menyeka wap-wap air yang hanya membasahi bulu mata ini.




Saat itu, walaupun berat, hati ini redha. Rezeki itu dari Allah, adalah hakNya untuk memberi dan hakNya untuk mengambilnya kembali. Andai keluarga kecilku ini masih mempunyai rezeki....InsyaAllah....rezeki dariNYa pasti akan kami terima lagi. Wallahualam.



07 March 2014

MEnEmpUh hAri-hAri SeOrAnG LeLaKi





Assalamualaikum....

         Syukur masih diberi peluang untuk terus menitis tinta di atas lembaran blog ini (ayat-ayat cinta).

         Ceritera awal perkahwinan....susah betul nak terima pasangan. Malam pertama tu dah gaduh. Biasalah penat photoshot hari tu. Yang pelik sebelum kahwin tak selalu gaduh. Dah kahwin ni....masing-masing nak menang. Tapi tak mengapalah....sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak husband and wife....

        Memandangkan aku selalu outstation, isteri aku pula kerja shift, kitorang jarang jumpa. Time tu baru nak start rindu. Rindu nak cakap....rindu nak gaduh....rindu semualah. Yang terbaiknya, wife aku ni....gaduh-gaduh pun dia still sediakan makanan, gosok baju aku....semua dia buat. Aku just balik kerja tengok semua dah tersedia....(thank you sayang....i love u). Oleh kerana dia buat sesuatu yang bukan tanggungjawab dia....aku pun cuba untuk gandakan usaha untuk bahagiakan dia. Kadang-kadang ambil cuti untuk spend time dengan dia....jalan-jalan pameran buku Big Bad Wolf kat Mines. Terasa macam baru bercinta....itulah manisnya cinta halal selepas kahwin.

        Alhamdulillah lepas gagal dalam percintaan lama....masa tu rasa macam kehilangan diri sendiri. Aku lupa yang aku masih ada family yang sayangkan aku....aku lupa kawan-kawan yang sayangkan aku. Yang paling penting, aku lupa yang Allah tetap sayangkan aku. Dari situ aku bangkit (flash back kejap)....

Jadi selepas 2 bulan kahwin, Allah bagi rezeki kepada hambaNya ini....peluang untuk jadi seorang ayah pun tiba....

(to be continue...)