07 March 2014

MEnEmpUh hAri-hAri SeOrAnG LeLaKi





Assalamualaikum....

         Syukur masih diberi peluang untuk terus menitis tinta di atas lembaran blog ini (ayat-ayat cinta).

         Ceritera awal perkahwinan....susah betul nak terima pasangan. Malam pertama tu dah gaduh. Biasalah penat photoshot hari tu. Yang pelik sebelum kahwin tak selalu gaduh. Dah kahwin ni....masing-masing nak menang. Tapi tak mengapalah....sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak husband and wife....

        Memandangkan aku selalu outstation, isteri aku pula kerja shift, kitorang jarang jumpa. Time tu baru nak start rindu. Rindu nak cakap....rindu nak gaduh....rindu semualah. Yang terbaiknya, wife aku ni....gaduh-gaduh pun dia still sediakan makanan, gosok baju aku....semua dia buat. Aku just balik kerja tengok semua dah tersedia....(thank you sayang....i love u). Oleh kerana dia buat sesuatu yang bukan tanggungjawab dia....aku pun cuba untuk gandakan usaha untuk bahagiakan dia. Kadang-kadang ambil cuti untuk spend time dengan dia....jalan-jalan pameran buku Big Bad Wolf kat Mines. Terasa macam baru bercinta....itulah manisnya cinta halal selepas kahwin.

        Alhamdulillah lepas gagal dalam percintaan lama....masa tu rasa macam kehilangan diri sendiri. Aku lupa yang aku masih ada family yang sayangkan aku....aku lupa kawan-kawan yang sayangkan aku. Yang paling penting, aku lupa yang Allah tetap sayangkan aku. Dari situ aku bangkit (flash back kejap)....

Jadi selepas 2 bulan kahwin, Allah bagi rezeki kepada hambaNya ini....peluang untuk jadi seorang ayah pun tiba....

(to be continue...)

0 comments:

Post a Comment