17 March 2014

PrOsEs LeLaKi mEnJaDi aYaH



Salam....

Proses untuk lelaki menjadi ayah bermula bila wifey mengandung. Post ni bukan nak cerita pasal persenyawaan sel gamet dalam tubuh dua jantina berbeza....cuma nak cerita pasal pengalaman lelaki ini menjadi seorang ayah....specifically....waktu wife aku mengandung....

FYI....masa isteri aku disahkan mengandung buat kali keduanya....seriously, I was excited and worried at the same time. Worried sebab takut wifey tak fully heal....but....rezeki Allah, “Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....” Jadi, aku banyakkan berdoa agar wifey dan baby will always be in His care....

Saat gembira bermula untuk lelaki ini dan wifey. Orang cakap, nanti wife mengidam benda pelik-pelik....telur angsa rebus, ayam serama celup tepung, udang galah yang laki tangkap sendiri, ngidam bau getah kasut dan macam-macam lagi. Tapi Alhamdulillah, wifey tak macam tu....just kadang-kadang ngidam nasi ayam....satay willy....tak ada benda pelik-pelik. Cuma yang seksanya, wife tetiba bangun tengah malam....suruh lelaki ini mandi sebab tak tahan bau. Kalau pukul 2-3 pagi....bersiramlah beta dengan air sejuk yang menyegarkan itu....lepas tu....dalam keadaan sejuk itu....wife nak buka aircond sebab dia panas. Terpaksalah diri ini menjadi tenggiling di bawah selimut, menahan sejuk.

Kadang-kadang, baru tengah nak rehat, wife kejut sebab nak pergi jalan-jalan....dengan mata mengantuk, kuheret kaki ini....kukumpulkan kudratku untuk memegang stereng kereta....kurendam wajahku dalam air berulang kali untuk capai tahap ke’segar’an tertinggi....

Bukan wifey je yang suka berjalan....baby dalam perut tu pun....(ish....ish....ikut mommy dia la tu). Pernah one day, seharian baby tak gerak, walaupun masa tu baru 5-6 bulan, tapi baby kitorang ni memang active, boleh kata every 2 hours, gerak sekali. Tapi dah lebih 12 jam....but no movement. Oleh kerana risau, bawalah wife and baby pergi klinik. Dalam perjalanan, try cakap dengan baby suruh gerak....tapi no response. Dadaku dah berombak kencang....risau gilerr. Sampai depan klinik....tiba-tiba baby gerak. Aku dapat rasa sebab sepanjang perjalanan, tangan kiriku memang static atas perut wifey sambil bercakap dengan baby....lepas tu gerak lagi....memang sah la....baby ni memang nak jalan-jalan....sebab 2 hari mommy and daddy dia cuti, tak pergi mana-mana....malam tu keluar semata-mata untuk ke klinik.

Itulah orang kata, “like mother, like daughter”. So lepas tu, memang aku and wife selalu keluar jalan-jalan, at least keluar beli barang dapur sebab kalau tak, baby memang tak nak gerak. Hebatkan ciptaan Allah? Baby yang dalam perut, tak pernah nampak kereta, boleh tahu dia naik kereta ke tak....jalan-jalan ke tak....semoga baby nanti senantiasa berjalan di jalan yang diredhai Allah....Amin....

Walaupun banyak lagi nak cerita, bukan niat aku nak mengadu nasib dekat sini....cuma nak share experience je....terutamanya untuk lelaki yang akan berkahwin dan sudah berkahwin. Memang bunyi macam derita....macam penat....tapi entah kenapa....walaupun keringat diri ini kerap membasahi bumi, walaupun diri ini kerap menghela nafas panjang setiap kali dikerah tenaganya....tapi hati ini puas....puas bila tengok orang yang kita sayang bahagia atas pengorbanan kita. Ibarat kita menanam padi, memang penat, tapi bila menuai hasilnya....kepuasan tidak terungkap. Tambahan pula....bagi aku....pengorbanan lelaki kerdil ini terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan isteri yang membawa amanah Allah selama 9 bulan lebih itu. MasyaAllah....tak terkira pengorbanannnya.

Di kesempatan ini, kupohon ampun kepada ibuku....ibu yang banyak berkorban untuk aku. Bila aku sakit dulu, dia sanggup cuti untuk jaga aku. Tapi sekarang, bila ibu sakit, aku sendiri tak tahu....balik kerja je tengok ibu ayah pakai cool fever, baru tahu ibu ayah demam. Ibunda....ayahanda....maafkan kekhilafan anakanda....

“Ya Allah, ampunilah dosa ibuku dan ayahku. Berikan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan kepada mereka dan panjangkanlah umur mereka. Ya Allah, begitu juga untuk ibu kepada anakku....Amin.”

“Ya Allah, diriku ini banyak khilafnya....bantulah hambaMu ini untuk menajdi seorang anak yang soleh, seorang suami yang mithali dan seorang ayah yang beriman. Ya Allah Ya Rabbal Alamin.”

(nantikan pengalaman aku bersama wife di labour room...)

0 comments:

Post a Comment