Sambung
ceritera sebelum ini. Alhamdulillah....anugerah Allah untuk aku dan isteri. Janin
dah berumur 4 minggu tapi rutin kami tak berubah....jarang jumpa....kerap bertekak.
Kadang-kadang lagi susah nak jumpa bila aku kerap outstation....event sana....promo
sini....event situ....kerja sinun (buat den rindu bini den).
Bila mengandung masa tu, isteri aku mengadu
sakit....macam kene senggugut. Lepas tu ada minor bleeding. Aku pun naik risau
jugak. Bawa pergi klinik, doc kata normal. Katanya baby tengah korek dinding
uterus untuk menempel....this is to provide a safe and secure platform for the
fetus (amboi scientific gitu). So, aku ni jenis optimistic. Aku pun angguk and
remind isteri untuk makan ubat selalu. Aku pun beli ANMUM – mango flavor gitu.
Everyday pesan suruh minum....makan
ubat....kalau outstation pun SMS wife suruh keep on the routine. But still, keep
on bleeding. Aku bagi moral support jela....minta isteri bersabar. Until one
day....waktu tu aku outstation di Senawang....ada event. Pagi tu pergi lewat sikit,
sebab pastikan wife breakfast dulu. Semasa aku kat Senawang, aku kene tolong
uruskan event company. Isteri aku tepon tengahari....banyak kali....tapi aku tak
perasan. Masa tu tengah running around, kejap photographer, kejap angkat
barang....jadi tak dengar deringan. Bertambah dengan sound system DJ
lagi....(maaf wifey)....aku perasan time rehat petang. Baru letak camera, ambil
phone tengok ada miscall. Bila call balik, wife tengah sakit katanya. Langsung
terus aku cepatin pulang ke rumah.
Saat lihat isteriku, terbaring kepenatan,
aku minta dia bersiap untuk ke hospital. Aku pergi 2 hospital swasta untuk
check tapi ditolak atas alasan doktor tak ada yang gynecologist. Aku minta
check juga sebab isteri tengah sakit and bleeding tapi ditolak. So....aku try
bawa pergi klinik biasa. Masa buat ultrasound, aku perasan janin tu tak ada
“blink” degupan jantung. Masa tu aku cuba kawal perasaan....being optimistic.
Isteri aku mukanya pucat, perit menahan sakit. Aku lihat dia terbaring di atas
katil putih sambil matanya merenung skrin mesin ultrasound di sebelah
kanannnya, risau. Itu yang tertulis di wajahnya saat itu. Aku, suaminya cuba
menenangkan dengan mengusap kedua belah kakinya. Akhirnya doktor bersuara,
“awak balik rumah, makan ubat ni....lepas seminggu datang balik kalau sakit”. Aku
memimpin isteri masuk ke dalam kereta.
Selepas makan malam, tiba-tiba isteriku
berpeluh dan kembali mengerang kesakitan. Saat itu, hatiku bagai diruntun, pilu
melihat keadaan isteriku. Andai mampu aku terima perihnya itu, saat itu aku
sanggup dari melihat dia terus menangis kesakitan. Isteriku masuk ke bilik air
dengan tergesa-gesa. Beberapa minit kemudian, daun pintu bilik air dibuka,
kelihatan kain isteriku basah berlumuran cecair berwarna merah. Aku terus
menyuruhnya bersiap dan bergegas ke hospital.
Aku tiba di Hospital Serdang lebih kurang
tengah malam. Oleh kerana isteriku agak kritikal, isteriku terus dimasukkan ke
bahagian kecemasan sementara aku menanti diluar. Kumat kamit diri ini membaca
segala ayat, surah dan doa yang terlintas di kepala. Pukul 3 pagi, isteriku
keluar, kelihatan manik mutiara di tubir matanya. Sebagai lelaki, tanggungjawab
aku lebih berat. Aku harus tunjukkan yang aku kuat....untuk isteriku dan untuk
diriku sendiri. Aku dakap isteriku perlahan, terasa kehangatan setiap titisan
air mata gugur di bahu kananku. Aku pimpin isteriku ke kereta.
Dalam perjalanan pulang, sesekali aku
mengerling ke wajahnya, isteriku hanya membisu, hanya titisan air mata yang
menjadi bicara. Aku tarik isteriku perlahan ke dalam dakapanku. Air mataku
hampir tumpah tetapi aku tarik nafasku dalam-dalam dan menyeka wap-wap air yang
hanya membasahi bulu mata ini.



0 comments:
Post a Comment