Harapnya semua dalam keadaan yang
sentiasa dirahmati Allah. Peristiwa sebelum ini ibarat memberi satu tamparan
yang besar dalam hidup kami suami isteri. Aku sudah tentunya hanya mampu
tersenyum, menyembunyikan gusar di sebalik senyuman penyedap hati.
Kelihatan mata isteriku bengkak
bengkil kerana terlalu banyak mengalirkan air mata. Sebelum tidur semalam, bola
matanya masih jelas kelihatan walaupun merah bak saga, tapi kelopaknya masih
terbuka. Tetapi pagi ini, sepertinya isteriku telah bertukar bangsa....korean-like
gitu....(maaf sayang =p)
Oleh kerana isteriku terpaksa dihantar
pulang ke Kluang, aku pula ditinggalkan disini....Bangi....baru terasa betapa
pentingnya rusuk kiriku itu. Ibarat pepatah, “mandi tak basah, makan tak
kenyang, tidur pun tak lena”. Perasaan rindu kerap bertandang....rindu untuk
menatap wajah isteriku....rindu nak bisikkan ke telinganya kata-kata indah nan
syahdu....rindu untuk bersama setiap waktu....(sayang mesti tengah berbunga hati tu
kan?)
Jadi aku cakap kat isteri, aku nak
ambil cuti, nak teman dia nanti dan untuk terus ambil dia bawak balik....janjiku
nak balik hari Jumaat. Masa aku bagitahu dia nak ambil cuti untuk balik
awal....kedengaran suara kegembiraan di hujung talian....
Mengikut perancangan, aku pun apply
cuti dengan bos. Bos cakap....”Tak boleh!!! Saya nak awak balik Khamis, teman
isteri!” Baik tak bos aku? Haaa....tapi disebabkan aku sedikit “jahat”....aku minta
kawan baik aku, Afiq untuk teman aku beli “surprise” untuk my lovely wife.
Setelah segala persiapan dibuat, aku pun call isteri aku. “Sayang....bos tak bagi
cuti....ada keje....” Terdengar esakan dari isteriku....tiba-tiba dia meradang. “Bos
dia tu tak memahami langsung....sudahlah....bye!” Tertelan air liur aku
dibuatnya....bila call balik, tak jawab....adoyaiii....maaflah sayang....abang tipu.
Esok paginya, selepas sarapan....aku pun
meluncur deras ke Kluang....tanpa memberitahu isteri tercinta....”surprise”
katakan. Dalam perjalanan tu, tengah fikir apa nak cakap. Ingat nak buat cara
Hindustan ala ala Bollywood gitu....jumpa terus lompat and peluk....romantic gitu.
Tapi patah tulang belakang bini kang....nak pakai lama....masa akad nikah dulu pun
tak ada pula warranty....setahun ke 2 tahun ke....(sorry sayang)
Jadi....dah dekat dengan rumah parent in
law, saat mata aku boleh nampak bumbung rumah, aku telefon....(nak curah minyak
dalam api). “Sayang, abang tak dapat balik minggu ni....ada event....sorry”.
Teresak-esak isteri aku....(syian dia). Pastu, kereta Myvi aku pun men”drift”
laju masuk ke tempat parking rumah. “Sayang....tolong bukak pintu depan....abang
dah sampai....”. Fuyoo....bini aku menangis sampai ke pintu depan....lepas tu....masa
dia nak salam aku....aku pun....”Surprise!!!” Bunga ros sejambak untuk dia. (amik
kau, nangislah puas-puas....haha). Dah dapat bunga, terus lupa nak salam, cium
tangan laki. Tapi dapat pelukan free....hehe....(romantic gitu...)
Aku saja
buat surprise sebab nak isteri aku tahu....sedihnya dia bila aku tak ada....sama
macam sedihnya aku bila dia tak ada....dia perlukan aku, sama macam aku perlukan
dia. Memang selalu aku cakap aku nak tambah 4....tapi macam mana hati ni nak
dibelah 4 sedangkan hati ini hanya untuk isteriku seorang. Aku percaya cinta
sejati adalah cinta yang Allah kurniakan kepada kita jiwa dan rasa....cinta yang
halal untuk kita nikmati....itulah cinta sejati....itulah cintaku....isteriku si
rusuk kiri.... =p



0 comments:
Post a Comment